Monday, May 2, 2011

Sahabat : bab1 - Sahabat bestfriends selamanya

     Cuba fikir..setiap makhluk yang bernyawa kat muka bumi ni boleh ke hidup sendirian? Bagi saya, setiap manusia perlukan teman..tak kire la secara berkelompok ataupun memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kisah suka duka mereka..bila sedih ada yang tenangkan, bila gembira ada tempat untuk kongsi keseronokan, bila sejuk ada yang panaskan..ha??ait!! jgn lebih..haha..mesti sweet je kan..tapi kadang kala hubungan yang terjalin tu xkan semuanya akan berjalan lancar seperti yang kita impikan..

     Sekiranya kita berhadapan dengan perselisihan pendapat ataupun pergaduhan dalam persahabatan, lebih baiklah kalau salah sorang dari kita hanya berundur dan mengalah...eh!!jgn takutt..mengalah xbererti kalah okay..ia sebenarnya adalah salah satu jalan untuk menyelamatkan hubungan yang terjalin tu..betul kan? :)

     Cuba lihat diri kita kat depan cermin..haha cantik? macho? bukan tuu..kita cuba tanya diri kita..adakah kita telah lakukan yang terbaik untuk pertahankan hubungan sahabat itu? jujur dan ikhlas ke kita nak bersahabat? ha ce jawab ce jawab..nilai lah hubungan tu..kalau sebelum ni kita nilai dengan kata-kata..cuba kali ni kita nilai dengan hati kita..hati xpernah berbohong pada kita tau. :)

     Ape kita perlu buat untuk baiki hubungan kita? oh come on fikir..fikir..apa-apapun ia perlu dilakukan tepat pada masanya tau..kalau wrong timing, parah.....hmm,.sekiranya perhubungan yang terjalin tu lahir dari perasaan yang jujur dan ikhlas, dah tentu kedua-dua belah pihak akan berfikir untuk menyambungkan semula tali yang putus itu..sape sokong?! saye2!!

     Sikap terbuka tu penting tau..jangan kongkong sahabat..ape la korang ni..kesian sahabat tu kalo korang kongkong dia..sifat terbuka ni akan menjamin sesebuah hubungan yang berkekalan insyaAllah..terimalah dengan terbuka teguran yang dilontarkan oleh sahabat itu.

     Tersimpang dari landasan persahabatan?..selalu jadi macam ni kan utk mereka yang berlainan jantina..Persahabatan seperti ini lebih menimbulkan kesulitan, permasalahan dan saling tersinggung kalau ada perselisihan faham tentang sesuatu perkara.Jika perkara sebegini terjadi, anda harus cuba mengerti dan menerimanya dengan hati yang terbuka.anda harus menghormati keputusannya itu. Biarkanlah sahaja sekiranya si sahabat bersikap sedemikian..relax2.ternyata banyak kemungkinan yang boleh terjadi dan ia bergantug kepada diri anda sendiri.untuk mengharunginya dengan bijaksana.trust yourself!ok? manusia hanya berhak merancang dan segala ketentuan itu keseluruhannya adalah dari-Nya.Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.

-
-

No comments:

Post a Comment