Tuesday, May 10, 2011

Bab 2 - Erti Persahabatan

  
     ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     Ternyata bukan mudah bagi kita untuk mencari teman sejati, mencari sahabat yang dapat terima buruk baik kita, dapat mehahami perasaan kita, dapat setia pada tali persahabatan. Biasa la tu kan..dalam dunia ni terdapat ramai ragam manusia yang sukar ditafsirkan..baikkah dia? jahatkah dia? Sekiranya tersilap memilih sahabat akibatnya ke 'dark hole' lah kita..karana sahaabat sangat memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. Macam mane kita nak tau atau nak pilih sahabat yang boleh membawa manfaat kepada kita..orang yang bagaimanakah selayaknya dipanggil sahabat? Mari kita cari.
 
     BOLEH BERKONGSI APA SAHAJA. waaaaaaaaaa...terharu.You know what..Seseorang yang bersifat sebegini adalah mereka yang sanggup mengenepikan krisis dan masalah yang sedang dialaminya demi membantu rakannya. Mereka adalah seorang yang ikhlas dan sangat penyayang..Mereka adalah seorang yang boleh dipercayai.Mereka sering bertanya tentang khabar anda. Karier; mungkin mereka pernah mengatakan kepada anda bahawa beliau bercita-cita untuk menjadi ahli psycology.
    
     MEMAHAMI. Individu ini boleh mendengar dan menerima pandangan atau nasihat yang diberikan oleh orang lain..dia akan berada disisi kita pada bila bila masa di saat kita mahu meluahkan rasa suka kita..rasa duka kita..walaupun kadang2 secara zahirnya jarak memisahkan, mereka masih senang dihubungi dan mereka akan memberikan feedback yang boleh meyakinkan kita..banyak membantu kita dalam hubungan percintaan..dan mereka prihatin akan diri anda.

     Mereka PROFESIONAL...hmmm..contoh situasi: Ketika kita mengalami krisis percintaan, si sahabat datang datang kepada kita dan cuba memahami situasi yang dialami oleh kita..dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirinya dalam situasi yang anda sedang alami. Justeru, nasihat yang diberikan pula tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekaligus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak. Inilah sahabat..mereka boleh meredakkan disaat kita berasa tertekan..mereka tigdak pernah memberi sebarang alasan sekiranya diajak bertemu walaupun si sahabat ini tahu bahawa beliau akan dijadikan tempat meluahkan masalah..

     JUJUR..individu ini akan menegur dengan bijak sekiranya setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan kita. nampak kan?? dia mahu kita sentiasa kelihatan sempurna..'cantik'..sepanjang masa. Teguran mereka adalah teguran yang membina dan jika ditegur, mereka akan menerima dengan hati terbuka..biasanya individu ini adalah individu yang lurus namun kelurusannya tidak pernah menyakitkan hati anda..

     HAPPY GO LUCKY...you must be very happy to have someone cheerful enough stay by our side isnt it? di saat mereka berada di sisi kita..kita dapat merasakan bahawa itu lah antara detik-detik yang menyeronokkan.sesiapa sahaja menyenangi kehadirannya..oh God, i miss my memories,..

      Inilah...betapa megahnya sebuah persahabatan..hargailah mereka seperti anda hargai diri anda sendiri.
      ...
      ...
   

Monday, May 2, 2011

Sahabat : bab1 - Sahabat bestfriends selamanya

     Cuba fikir..setiap makhluk yang bernyawa kat muka bumi ni boleh ke hidup sendirian? Bagi saya, setiap manusia perlukan teman..tak kire la secara berkelompok ataupun memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kisah suka duka mereka..bila sedih ada yang tenangkan, bila gembira ada tempat untuk kongsi keseronokan, bila sejuk ada yang panaskan..ha??ait!! jgn lebih..haha..mesti sweet je kan..tapi kadang kala hubungan yang terjalin tu xkan semuanya akan berjalan lancar seperti yang kita impikan..

     Sekiranya kita berhadapan dengan perselisihan pendapat ataupun pergaduhan dalam persahabatan, lebih baiklah kalau salah sorang dari kita hanya berundur dan mengalah...eh!!jgn takutt..mengalah xbererti kalah okay..ia sebenarnya adalah salah satu jalan untuk menyelamatkan hubungan yang terjalin tu..betul kan? :)

     Cuba lihat diri kita kat depan cermin..haha cantik? macho? bukan tuu..kita cuba tanya diri kita..adakah kita telah lakukan yang terbaik untuk pertahankan hubungan sahabat itu? jujur dan ikhlas ke kita nak bersahabat? ha ce jawab ce jawab..nilai lah hubungan tu..kalau sebelum ni kita nilai dengan kata-kata..cuba kali ni kita nilai dengan hati kita..hati xpernah berbohong pada kita tau. :)

     Ape kita perlu buat untuk baiki hubungan kita? oh come on fikir..fikir..apa-apapun ia perlu dilakukan tepat pada masanya tau..kalau wrong timing, parah.....hmm,.sekiranya perhubungan yang terjalin tu lahir dari perasaan yang jujur dan ikhlas, dah tentu kedua-dua belah pihak akan berfikir untuk menyambungkan semula tali yang putus itu..sape sokong?! saye2!!

     Sikap terbuka tu penting tau..jangan kongkong sahabat..ape la korang ni..kesian sahabat tu kalo korang kongkong dia..sifat terbuka ni akan menjamin sesebuah hubungan yang berkekalan insyaAllah..terimalah dengan terbuka teguran yang dilontarkan oleh sahabat itu.

     Tersimpang dari landasan persahabatan?..selalu jadi macam ni kan utk mereka yang berlainan jantina..Persahabatan seperti ini lebih menimbulkan kesulitan, permasalahan dan saling tersinggung kalau ada perselisihan faham tentang sesuatu perkara.Jika perkara sebegini terjadi, anda harus cuba mengerti dan menerimanya dengan hati yang terbuka.anda harus menghormati keputusannya itu. Biarkanlah sahaja sekiranya si sahabat bersikap sedemikian..relax2.ternyata banyak kemungkinan yang boleh terjadi dan ia bergantug kepada diri anda sendiri.untuk mengharunginya dengan bijaksana.trust yourself!ok? manusia hanya berhak merancang dan segala ketentuan itu keseluruhannya adalah dari-Nya.Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.

-
-